Tuesday, June 30, 2015

Penanda Wacana


Bahagian 1

 PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

 · Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …

· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

 · Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

 · Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

 

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

 · Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

 · Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

 · Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

 · Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….

· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

 

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

 · Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

 · Sebagaimana yang kita maklumi

 · Sejak awal lagi

 · Sejak kebelakangan ini

 · Selain itu, pada masa ini juga

 · Seperti yang telah dinyatakan

 · Umum mengetahui bahawa

 · Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

 

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

 · Bagi sesetengah orang …

· Begitu juga dengan …

· Begitu juga halnya dengan …

· Bertitik tolak daripada itu …

· Bukan itu sahaja …

· Dalam hal ini …

· Dalam konteks ini ..

 · Dalam zaman yang serba canggih ini …

· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …

· Dengan adanya …

· Dengan berbuat demikian …

· Dengan perkataan lain ..

 · Disebabkan hal itu

 · Disebabkan keistimewaan inilah kita ..

 · Hal ini berlaku disebabkan

 · Hal ini penting dalam

 · Hal ini serupa dengan

 · Hal yang serupa berlaku apabila

 · Ini disebabkan

 · Ini membuktikan bahawa

 · Ini menggambarkan bahawa

 · Ini secara tidak langsung akan

 · Ini semua meninggalkan kesan kerana

 · Ini tentu sekali membuatkan

 · Jadi kita perlu

 · Jadi kita hendaklah

 · Keadaan ini tentunya

 · Lantaran itu sehingga kini

 · Kesemua ini menyumbang kepada

 · Kita mengakui hakikat bahawa

 · Kita sering menonton di kaca televisyen

 · Kita sering membaca di dada-dada akhbar

 · Memandangkan keadaan yang sedemikian

 · Namun sejak kebelakangan ini

 · Oleh itu, bolehlah dikatakan

 · Secara logiknya masa yang

 · Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

 · Keadaan ini seharusnya boleh

 · Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

 · Kendatipun demikian, kita masih

 · Yang paling nyata ialah

 · Yang perlu kita pastikan ialah

 

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

 · Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

 · Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

 · Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

 

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

 · Sebagai contohnya

 · Biar kita lihat

 · Biar kita ambil contoh

 · Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

 · Sebagai analoginya,

 · Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

 

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

 · Intihanya,

 · Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

 · Konklusinya,

 · Dengan ini diharapkan

 · Bukan itu sahaja

 · Mudah-mudahan perkara ini

 · Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

 · Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …

· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

 

Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan

 a) Pada era globalisasi ini,

 b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,

 c) Dalam meniti arus kemodenan ini,

 d) Dewasa ini,

 e) Pada masa ini,

 f) Kini,

 g) Dasawarsa ini,

 h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

 i) Sejak sedekad yang lalu,

 j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

 k) Kebelakangan ini,

 l) Belakangan ini,

 m) Sejak akhir-akhir ini,

 

ii) Penanda memulakan isi baharu

 a) Selain itu,

 b) Di samping itu,

 c) Sementara itu,

 d) Lebih-lebih lagi,

 e) Dalam pada itu,

 f) Lain daripada itu,

 g) Pada waktu yang sama,

 h) Dalam pada itu,

 i) Seterusnya,

 

iii) Penanda huraian isi karangan

 a) Hal ini demikian kerana

 b) Hal ini berlaku kerana

 c) Hal ini terjadi kerana

 d) Hal ini disebabkan oleh

 e) Hal ini wujud akibat daripada

 f) Hal ini bersangkut-paut dengan

 g) Hal ini berpunca daripada

 h) Hal ini tercetus apabila

 i) Hal ini timbul apakala

 

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

 a) Misalnya,

 b) Contohnya,

 c) Sebagai contoh,

 d) Tamsilnya,

 e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,

 f) Antaranya adalah seperti

 

v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan

 b) Hal ini menyebabkan

 c) Oleh itu,

 d) Maka,

 e) Oleh hal yang demikian,

 f) Oleh sebab itu,

 g) Jelaslah bahawa

 h) Justifikasinya,

 

vi) Penanda menutup isi

 a) Kesannya,

 b) Natijahnya,

 c) Akibatnya,

 d) Akhirnya,

 e) Dengan itu,

 f) Dengan berbuat demikian,

 g) Dengan keadaan sedemikian,

 

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

 Contoh:

 Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak.  (Huraian 2)

 

 a) justeru

 b) malah

 c) malahan

 d) tambahan pula

 e) sementelahan

 f) sekali gus

 g) di samping

 h) bahkan

 i) malar-malar

 

viii) Penanda memulakan perenggan penutup

 a) Kesimpulannya,

 b) Intihanya,

 c) Secara tuntas,

 d) Konklusinya,

 e) Sebagai penutup wacana,

 f) Sebagai penghias bicara akhir,

 g) Sebelum mengakhiri wacana ini,

 h) Secara keseluruhan,

 i) Secara total,

 

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

 a) Walau bagaimanapun,

 b) Walakin begitu,

 c) Namun demikian,

 d) Daripada perspektif yang berbeza,

 e) Jika dilihat dari sudut lain,

 f) Dengan kata lain,

 g) Kontradiksinya,

 i) Di sebalik itu,

 j) Dalam pada itu,

 k) Dari sudut lain,

 

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

 a) Bak kata peribahasa, .......

 b) Bak kata peribahasa Melayu, ............

 c) Bak kata orang tua-tua, ...........

 d) Bak kata mutiara, .........

 e) Bak peribahasa, ............

 f) Bak kata cendekiawan, .............

 g) Persis kata peribahasa, ............

 h) Persis kata peribahasa Melayu, .............

 i) Persis kata orang tua-tua, ............

 j) Persis kata mutiara, ............

 k) Persis peribahasa, ...............

 l) Persis kata cendekiawan, .............

 m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........

 n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......

 o) Fenomena ini dikatakan

 p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

 q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......

 

 

 

 

Wednesday, June 3, 2015

SINOPSIS NOVEL MELUNAS RINDU


SINOPSIS NOVEL MELUNAS RINDU

Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim, iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim, iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan.

Malah, Robert Lim sendiri memberikan bantuan kepada Fuad untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya,  Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan tawaran tersebut  Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu, Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.

Sementara itu,  Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.

Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.

Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.

Panduan Menjawab Soalan Komsas Tingkatan 4


Panduan Menjawab Soalan Komsas Tingkatan 4

Set 1

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                      Harga Remaja

                      Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa

bagai kehijauan daun

bagai kesegaran pohon

di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi

Piala remajamu

Adakah cuka kesangsian

Dari cinta murah

Atau madu ajaran

Dari ilmu susah?

Remaja amat mahal

sesungguhnya

tiada terbeli oleh perjanjian                                              

harga remaja adalah

pendirian

keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu

dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari

Langit di Tangan, 1995.

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah maksud bagai kehijauan daun dalam puisi di atas? [ 2 markah ]

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 (iii) Berdasarkan sajak di atas, apakah yang patut anda lakukan untuk menjadi remaja yang berjaya dalam hidup?

[ 3 markah ]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 (iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [ 4 markah  ]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

Skema jawapan:

i.  Maksudnya  : usia yang masih usia.                                                                                            

ii.  Perkara yang patut dilakukan:

- menjaga maruah dan harga diri.

- menuntut ilmu

- berani menghadapi cabaran/tidak mudah kecewa dalam hidup..  

-mempunyai pendirian yang tetap.

- mempunyai hala tuju/matlamat dalam hidup.

- Melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah

iii. Dua persoalan:

-       Persoalan kehidupan remaja yang amat berharga.

-       Persoalan kehidupan remaja yang masih mentah dalam mencari jalan hidup.

-       Persoalan kehidupan remaja perlu dipenuhi dengan perkara yang berfaedah.

                                                                                 

 

isu air


Penduduk di Lembah Klang terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bergantung kepada 33 loji rawatan yang beroperasi untuk membekalkan air di ketiga-tiga kawasan ini. Dalam konteks ini, peranan yang perlu dimainkan oleh pengendali loji rawatan air seperti Puncak Niaga, Splash dan Konsortium Abass menjadi semakin mencabar bagi memastikan pengeluaran loji-loji mereka mencukupi untuk membekalkan air kepada 7 juta pengguna. Kebanyakan loji rawatan air utama yang beroperasi melebihi kapasiti reka bentuknya. Misalnya loji rawatan air Sungai Langat yang reka bentuk kapasitinya adalah 386 juta liter sehari (JLH) beroperasi 447.42 JLH iaitu melebihi 15.9 peratus (%) daripada keupayaan sebenarnya. Demikian juga dengan loji rawatan air Sungai Semenyih yang kapasiti reka bentuknya 546 JLH telah beroperasi pada tahap 665.92 JLH iaitu melebihi 22%.

 

Semua ini berikutan pertambahan permintaan air yang meningkat pada kadar 3.5% setiap tahun. Jika keadaan ini berterusan tanpa penaiktarafan atau penyelenggaraan yang rapi, dikhuatiri loji-loji ini akan mengalami tekanan akibat beban pengeluaran dan boleh menyebabkan ia rosak pada peringkat-peringkat tertentu dan seterusnya mengakibatkan bekalan air terputus. Pertambahan jumlah penduduk, pembangunan kawasan-kawasan perumahan dan perindustrian baru dan sebagainya banyak menyumbang ke arah itu. Situasi ini jelas menunjukkan jumlah bekalan air bersih yang semakin banyak diperlukan untuk menampung keperluan yang meningkat ini. Dalam hal ini, syarikat yang bertanggungjawab untuk mengagihkan bekalan air kepada pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Syabas sudah pasti berhadapan tekanan yang bukan sedikit untuk mencapai tahap perkhidmatannya yang terbaik kepada pengguna disebabkan kekangan tersebut.

 

Hari ini, jumlah permintaan air terawat adalah sebanyak 4,219 JLH atau hampir sama dengan jumlah yang mampu dibekalkan, iaitu 4,326 JLH. Ini menjadikan kapasiti rezab hanya pada kadar 2.47%. Dengan pembangunan yang telah dijangkakan, kemungkinan berlaku masalah kekurangan bekalan air pada 2014 tidak dapat dinafikan. Senario ini membawa kepada keadaan di mana sesetengah kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami kekurangan bekalan air bersih terutamanya apabila berlaku sebarang gangguan kepada bekalan ataupun semasa penggunaan puncak. Beberapa kawasan dikenal pasti sebagai kawasan water stress terutama yang terletak di lokasi berpenduduk padat. Walaupun bekalan air disalurkan ke kawasan ini dengan kapasiti sedia ada sepenuhnya, tetapi keseluruhannya digunakan bagi memenuhi permintaan harian.

 

Walaupun kebanyakan loji rawatan beroperasi melepasi kapasiti reka bentuknya, tetapi masih ada loji rawatan yang beroperasi di bawah kapasiti sebenar. Sebagai contoh, loji rawatan air Sungai Rasa yang berkapasiti 250 JLH hanya beroperasi ditahap pengeluaran 138.71 JLH sahaja. Walaupun pengeluaran loji ini boleh dipertingkatkan namun loji rawatan ini tidak dapat membantu membekalkan air ke kawasan water stress disebabkan tiada jajaran paip untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan tersebut. Ironinya, loji rawatan air Sungai Rasa ini terletak di utara Selangor sementelahan kebanyakan kawasan water stress terletak di kawasan Lembah Klang dan selatan Selangor. Justeru sistem rangkaian agihan paip perlu dinaik taraf. Pun begitu kelulusan pihak berkuasa perlu ada untuk kerja kerja ini dilakukan oleh pembekal air, terutama sekali apabila Perbelanjaan Modal (CAPEX) masih dibekukan sehingga kini.

 

Kesan kepada pembangunan

 

Kita sedia maklum bahawa negara sedang menjalani proses transformasi di mana usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan Malaysia mengalami arus pembangunan mapan dan terancang. Namun usaha-usaha ke arah pembangunan secara fizikal, termasuk penarikan pelaburan asing hingga ke arah memastikan tahap kehidupan yang berkualiti tidak akan terkesan jika kemudahan sepenting air tidak boleh disediakan. Berdasarkan tiga faktor utama yang dinyatakan, kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa krisis bekalan air boleh berlaku malah kesannya telah dirasai di Lembah Klang. Awal tahun ini satu gelombang krisis air peringkat pertama melibatkan empat daerah telah berlaku melibatkan Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan sebahagian Petaling sehingga beberapa hari akibat penyusutan kolam-kolam perkhidmatan dalam tempuh yang singkat akibat kadar penggunaan tinggi.

 

Dalam situasi tersebut walaupun loji-loji rawatan telah meningkatkan pengeluaran ke tahap maksimum, namun peningkatan paras kolam amat perlahan. Situasi ini telah memberikan kesan secara langsung terhadap projek projek pembangunan baru. Akibat senario tersebut, dalam tempoh 1 Januari 2012 hingga 12 Mac 2012, sejumlah 75 projek pembangunan tidak dapat diluluskan oleh Syabas berikutan bekalan air yang tidak cukup untuk menampung keperluan permintaan sedia ada. Pada masa ini kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur, Petaling dan Klang sering menghadapi masalah kekurangan air atau tekanan rendah kerana kawasan-kawasan ini dibanjiri industri dan mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.

 

Bayangkan sekiranya situasi ini berterusan sudah pasti segala perancangan pembangunan akan terencat dan memberi implikasi bukan sedikit kepada sosioekonomi di negara ini. Apatah lagi Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan hab ekonomi negara ini. Apa yang dikhuatiri pengguna yang terpaksa berdepan dengan masalah ini sekiranya tiada tindakan proaktif diambil. Bila situasi ini terjadi, apakah negara ini masih gah sebagai destinasi pelaburan terulung? Apakah kualiti hidup yang diuar-uarkan masih relevan dan realiti? Apakah Malaysia yang mempunyai pelbagai pencapaian di pentas dunia masih tergapai-gapai mengendalikan isu keperluan asas? Selepas gelombang pertama krisis dirasai pada awal tahun ini, gelombang kedua krisis bekalan air di kawasan-kawasan yang tersenarai telahpun berlaku dan ini boleh lebih memudaratkan jika projek projek pembangunan di kawasan-kawasan tersebut diteruskan. Maka tindakan tidak meluluskan pembangunan di kawasan-kawasan tersebut merupakan satu tindakan perlu untuk memastikan bekalan air yang berterusan.

 

Langkah penyelesaian

 

Mengatasi situasi seperti ini memerlukan komitmen semua pihak dan masing-masing perlu memainkan peranan dengan berkesan. Ia berbalik kepada pengurusan bekalan air secara pendekatan holistik. Sumber air perlu dikawal daripada pencemaran selain memastikan ia mencukupi tanpa bergantung semata-mata kepada faktor cuaca. Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan mahupun agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli, Lembaga Urus Air Selangor, pengendali loji dan Syabas semata-mata. Lebih daripada itu ialah sikap orang ramai yang perlu menjaga sungai daripada pencemaran. Ini penting untuk menjamin kelangsungannya.

 

Selain itu peningkatan kapasiti pengeluaran air terawat perlu dilakukan dengan menaik taraf segala infrastruktur pembekalan air termasuk loji loji rawatan dan sistem agihan iaitu jajaran paip dan connectivity. Penambahan loji rawatan adalah antara usaha berkesan yang perlu disegerakan termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air Langat Dua yang masih tertangguh pembinaannya. Semua usaha usaha ini melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan kelulusan pihak berkuasa sama ada Kerajaan Pusat mahupun negeri. Dalam konteks ini, penyelesaian segera isu isu yang masih tertangguh termasuk penstrukturan semula industri air di Selangor wajar diberi perhatian serius. Sehingga persefahaman dan persetujuan di antara kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri dan kerajaan pusat dicapai dan dimuktamadkan, situasi pembekalan air di negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya dikhuatiri akan terus terbelenggu.

 

Justeru, sempena dengan hari air sedunia yang disambut diseluruh dunia baru-baru ini, kita berharap satu titik pertemuan yang positif dapat capai antara kedua-dua pihak bagi memastikan masalah yang membelenggu industri bekalan air ini dapat dirungkai. Apa yang penting, teras paling utama terhadap usaha ini perlu difokuskan kepada hak manusia terhadap air bersih dan kesinambungan kehidupan berkualiti. Sebagaimana air dilihat sebagai penyambung kehidupan, begitulah juga usaha untuk mengekalkannya.