Friday, November 29, 2013

Hong Kong Trip, Backpacker.2013年香港自由行。(马来西亚to香港)



19/11/13(二)


在哥打京那巴鲁第二机场过夜。

20/11/13()
终于冲上云霄啦!!我们搭乘A公司最早的航班。早上六点五十分。
这是飞机餐,旁边的旅客说很难吃。



抵港啦!
进入机场,会有巴士接送。





跟着指示牌走就准没错。

我们抵港后就搭船去澳门。

这是我们乘搭的Sky Jet,一趟246HKD。回的时候只需要从澳门码头乘船去九隆。174KHD
到了澳门根本不需要担心交通,因为这里的各大赌场和酒店会有免费的巴士载送。至于行程,可以参考这里。

香港澳门

澳門出關後的左手邊就有免費穿梭巴士,在澳門關口坐穿梭巴士是不要錢的,29家賭場大多都有巴士在那裏接客人,就說你是去賭錢或者去酒店都有免費巴士可坐,好好利用這些被稱為發財車的免費巴士不但方便遊客直達賭場,也因為其靠近不同的景點,好好利用,在澳門旅遊期間可是可以省下不少的交通費。
      
以下基本上為澳門各酒店的發財車路線,一些沒有設賭場的酒店穿梭巴士尚未計算在內....  
現在澳門有超過一百條的賭場巴士路線來往各個地點(10-20分锺一班次)
1.英皇 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、橫琴、大三巴、機場(09:00-00:00)
2.
新葡京 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭(09:00-23:30)
3.
葡京 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭 (09:00-23:00)
4.
十六浦 關閘、港澳碼頭(09:00-23:00)
5.
永利   關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、機場(09:00-23:00)
6.
金沙 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、威尼斯人(09:00-23:00)
7.
星際 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、大三巴、京都、澳門銀河(09:00-23:40)
8.
總統 關閘、港澳碼頭(10:00-21:30)
9.
假日 關閘、港澳碼頭(08:30-22:15)
10.
財神 關閘、港澳碼頭(10:00-21:30)
11.
利澳 關閘、港澳碼頭(11:00-21:00)
12.
凱旋門 關閘、港澳碼頭(10:00-22:00)
13.
美高梅/壹號廣場 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、新濠天地(09:00-23:40)
14.
華都 關閘、港澳碼頭 (11:00-19:00)
15.
漁人碼頭 關閘、港澳碼頭、置地廣場(09:45-20:00)
16.
海立方 關閘、港澳碼頭(09:00-23:00)
17.
置地廣場 關閘、港澳碼頭、漁人碼頭(09:45-20:00)
18.
蘭桂坊 關閘、港澳碼頭(09:05-00:00)
19.
威尼斯人 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、金沙、粵通碼頭、蓮花口岸、新濠天地、四季酒店(百利沙)、機場(10:00-00:00)
20.
四季酒店(百利沙) 港澳碼頭、氹仔碼頭、金沙、新濠天地、威尼斯人(10:00-23:00)
21.
新濠天地 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、金沙、粵通碼頭、蓮花口岸、威尼斯人、四季酒店、新麗華、大三巴、氹仔市區(10:00-23:00)
22.
新世紀 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭(9:00-0:00)
23.
麗景灣 港澳碼頭
24.
駿景 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭(10:00-21:30)
25.
君怡 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭(11:15-23:30)
26.
金都 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭(10:00-23:00)
27.
希臘神話 港澳碼頭(09:00-00:00)
28.
金龍 關閘、港澳碼頭(09:00-21:15)
29.
集美 港澳碼頭(10:00-21:30)
30.
鑽石 港澳碼頭(08:30-22:15)
31.
巴比倫 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、置地廣場、駿景酒店(10:00-21:40)
32.
銀河 關閘、港澳碼頭、氹仔碼頭、星際、新濠天地、蓮花口岸、威尼斯人、四季酒店、新麗華、大三巴、氹仔市區、氹仔賽馬會、澳門國際機場、新馬路(近八佰伴)(09:00-23:45)
33.
皇家金堡 關閘、港澳碼頭、君怡酒店(10:00-21:00)
34.
新濠鋒 新濠天地(12:30-00:30)




Wednesday, September 18, 2013

Manfaat 1 Murid 1 Sukan (Soalan Ramalan 2014)





Program 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran banyak memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaat tersebut.






Dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1 Murid 1 Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar  penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan di bawah ini. 

Antara manfaat dasar 1 Murid 1 Sukan ini ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah. Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat kepada mereka.

Dasar ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan itu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.  Mereka dapat menyumbangkan bakat dan kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu, mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.  

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran. Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang cerdas itu ada pada badan yang sihat.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan dengan sukan.  

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan. Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.

Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf  dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.