Tuesday, July 31, 2012

SPM: Rumah Terbuka


Tajuk=Rumah terbuka

Kehendak=kepentingan



Pendahuluan:

Masyarakat kita terdiri daripada kaum majmuk iaitu termasuk kaum Melayu, Cina dan India. Semua kaum hidup dalam keadaan yang harmoni melebihi 50 tahun. Kita menyambut perayaan setiap kaum dengan adanya program rumah terbuka. Program rumah terbuka mendatangkan banyak faedahnya.



Isi 1: menyatupadukan pelbagai kaum

H: Program rumah terbuka dapat merapatkan perhubungan pelbagai kaum.

C: Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, dan Deepavali, program rumah terbuka boleh diadakan.

H: Kita boleh menjemput kawan-kawan untuk mengunjungi rumah kita.



Isi 2: memupuk nilai saling menghormati antara kaum

H: Hubungan silaturahim dapat diwujudkan.

C: Melalui program ini, kita dapat menyahut seruan Perdana Menteri iaitu gagasan ‘ Satu Malaysia’.

H: kita juga dapat menikmati makanan yang pelbagai kaum seperti Roti Canai, Murtabak, Kuih Lapis, dan Limau China.



Isi 3: mewujudkan masyarakat yang harmoni.

H: Dengan adanya program ini, kita dapat menyambut perayaan dengan hati yang tenang dan damai.

C: Peristiwa seperti 15 Mei 1969 tidak akan berulang lagi.

H: Kita dapat mengenali budaya yang berbeza.



Penutup:

-          ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’

-          Kita haruslah bersatu padu dan menghormati adat resam pelbagai kaum di Malaysia

-          Impian Wawasan 2020 tercapai

Analisis soalan karangan bahan rangsangan

Analisis Soalan Karangan Bahan Rangsangan 2005-2011(NOVEMBER)
2005(N) Gejala vandalisme
2006(J) Sijil Pelajaran Malaysia
2006(N) Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa
2007(J) Aktiviti masa lapang
2007(N) Tanggungjawab menjaga kebersihan
2008(J) Kegiatan dalam bidang pertanian
2008(N) Punca-punca pencemaran sungai
2009(J) Bantuan kepada mangsa banjir
2009(N) Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
2010(J) Punca pencemaran udara
2010(N) Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat
2011(J) Kepentingan pengangkutan awam
2011(N) Faedah belajar secara berkumpulan

Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
    Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.
    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran
    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.
    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”
    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

BM SPM Mesra Alam

Bahan Rangsangan
T=Pembangunan Mesra Alam
K=Cara-cara untuk menjayakan konsep pembangunan mesra alam
Pendahuluan: Pembangunan mesra alam merujuk kepada pembangunan fizikal yang tidak mendatangkan kerosakan ke atas kualiti alam sekitar yang sedia ada. Bumi kita semakin tenat akibat pembangunan fizikal yang berskala besar. Oleh itu, pelbagai usaha wajar diambil untuk mengurangkan kerosakan pembangunan ke atas alam sekitar.
Cara-cara:
(I)Bandar dalam taman
(H)konsep ini memerlukan perancangan yang teliti 
(C)Christchurch ialah bandar kedua terbesar di New Zealand yang dikenali sebagai bandar dalam taman dan kaya dengan keindahan alam semula jadinya
(K)kerajaan perlu membuat perancangan yang rapi supaya rakyatnya dapat menikmati bandar tersebut\
(I)menggunakan minyak petrol tanpa plumbum
(H) kandungan plumbum di udara dapat dikurangkan lebih berkesan dengan penggunaan minyak tanpa plumbum
(H) Petrol tanpa plumbum juga menghasilkan karbon dioksida, nitrogen oksida dan karbon monoksida di dalam gas ekzos
(H) Pengumpulan plumbum dalam badan kanak-kanak mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
(C)kempen "gunakan minyak tanpa plumbum" dapat mengurangkan kandungan plumbum di persekitaran.
(K)penggunaan plumbum perlu dikurangkan
(I)kitar semula
(H) Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru
(C) Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik
(K)usaha ini merupakan cara yang baik untuk menjayakan konsep pembangunan mesra alam
(I)menggunakan pengangkutan awam
(H)Kuala Lumpur mempunyai sistem pengangkutan awam yang canggih
(C)monorel, LRT(light rail transit), dan bas
(K)kita haruslah menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk mengelakkan pencemaran
Penutup: ' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', pembangunan mesra alam bukanlah kerja yang mustahil dilakukan. Asalkan manusia kreatif dan prihatin terhadap keadaan alam sekitar, pelbagai projek pembangunan yang tidak mengorbankan kualiti alam sekitar dapat dilakukan.

BM SPM Usaha Inap Desa


Pendahuluan



Sektor pelancongan Malaysia memang merupakan satu bidang yang dapat mengdatangkan keuntungan kepada negara. Hal ini kerana kita memiliki pelbagi unsur yang tidak terdapat di negara asing. Unsur-unsur ini termasuk rakyat berbilang kaum, kaya dengan alam semula jadi, dan keharmonian politik. Untuk memastikan sektor terus berkembang, maka inap desa perlulah diusahakan melalui pelbagai cara.



Isi 1Kerajaan boleh memberi bantuan kewangan kepada peserta.

H:Bantuan kewangan ini boleh membantu peserta untuk mengendalikan perniagaan inap desa.

C:Pengusaha boleh menggunakan bantuan kewangan kerajaan untuk melakukan pengubahsuaian inap desa yang usang.

K: Hal ini akan dapat menarik pelancong sementara memajukan industri negara kita.



Isi 2: Selain itu, latihan pengendalian inap desa boleh diadakan

H: Latihan mengendalikan inap desa amat diperlukan dalam meningkatkan taraf dan kualiti industri inap desa di seluruh negara.

C: Cara ini dapat melatih orang kampung supaya mahir dalam perniagaan inap desa.

K: Secara kesimpulannya, latihan pengendalian ini sangat penting untuk memajukan industri pelancongan Malaysia.



Isi 3: Kerajaan juga perlu menyediakan infrastruktur yang lengkap.

H: Dengan itu, pelancong dapat menginap dalam keadaan yang selamat dan selesa.

C: Sebagai contoh, kerajaan perlu menyediakan infrastruktur seperti lampu jalan, elektrik, air dan sebagainya untuk memastikan keselesaan pelancong.

K: iTuntasnya, infrastruktur penting untuk menjanakan usaha inap desa.



Isi 4: Promosi inap desa di dalam negara dan luar negara perlu dilakukan.

H:Usaha ini mesti akan menarik hati pelancong untuk berkunjung ke sesuatu tempat.

C:Tamsilnya, ‘Homestay’ di Port Dickson, Seremban menawarkan harga hanya RM 130 semalam mampu menarik minat pelancong untuk melawat ke situ.
K:Jadi, cara yang lebih kreatif perlu dilancarkan untuk memajukan usaha ini.



Penutup



Secara keseluruhannya, kerajaan mesti mengambil langkah-langkah tersebut dan bukannya melepaskan batuk di tangga sahaja. Usaha-usaha ini dapat menjamin perkembangan sektor pelancongan serta pelambungan ekonomi negara.















Tip

*Rumusan(Formula) membuat perenggan karangan

I + H + C + K

Sunday, July 22, 2012

Seremban and KL

我拿了几天假期,但森美兰和吉隆坡走走。




这是我朋友的住家,很美吧!

KTM 站,距离一年后再重游,即熟悉又陌生。同样的火车站,但感觉却不一样了。

这是我之前常光顾的素食馆。


三丝面

速的虾

我的朋友
招待员
森美兰的街道


回家路上看见hard sale domino pizza




风景




拍照片做纪念
我的家乡 
听说早上六点他们就开始排队了
我的票是330pm,所以跑出去外面拍照。



时间到,入场了!


先到第83楼
再上到第86楼
从86楼看到的风景。可惜当天天气不好,不然就可以用望远镜看到巴生港口。
终于到了!




这是我在森美兰买的纪念品


Saturday, July 14, 2012

Penang-Pulau Pinang-槟城-历史之城(我爱它)


This is my favourite island, Penang island, it keeps alot of my sad and happy memories.


This is the Nyonya House



The sitting chair for olders


Me, after few years, feelings are diffrent.

A Brand New Page

Today i told my students about the existing of my blogspot, i worried that they will really come and see my blog. So i decided to log in again after quite long time i did not log in here and the email address with password has been forgotton. At last, i found it back.

I told my students about the concept of this blog named, 'Malainese' stand for 'Malaysian+Chinese', its proud to be a Malaysian. Do you know why Nick can be so sucessful in his life? Let me tell you, its because of the passion of living.


同学们,身在马来西亚,我们要掌握多种语言才能存活,所以你们加油吧!