Tuesday, July 31, 2012

BM SPM Mesra Alam

Bahan Rangsangan
T=Pembangunan Mesra Alam
K=Cara-cara untuk menjayakan konsep pembangunan mesra alam
Pendahuluan: Pembangunan mesra alam merujuk kepada pembangunan fizikal yang tidak mendatangkan kerosakan ke atas kualiti alam sekitar yang sedia ada. Bumi kita semakin tenat akibat pembangunan fizikal yang berskala besar. Oleh itu, pelbagai usaha wajar diambil untuk mengurangkan kerosakan pembangunan ke atas alam sekitar.
Cara-cara:
(I)Bandar dalam taman
(H)konsep ini memerlukan perancangan yang teliti 
(C)Christchurch ialah bandar kedua terbesar di New Zealand yang dikenali sebagai bandar dalam taman dan kaya dengan keindahan alam semula jadinya
(K)kerajaan perlu membuat perancangan yang rapi supaya rakyatnya dapat menikmati bandar tersebut\
(I)menggunakan minyak petrol tanpa plumbum
(H) kandungan plumbum di udara dapat dikurangkan lebih berkesan dengan penggunaan minyak tanpa plumbum
(H) Petrol tanpa plumbum juga menghasilkan karbon dioksida, nitrogen oksida dan karbon monoksida di dalam gas ekzos
(H) Pengumpulan plumbum dalam badan kanak-kanak mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
(C)kempen "gunakan minyak tanpa plumbum" dapat mengurangkan kandungan plumbum di persekitaran.
(K)penggunaan plumbum perlu dikurangkan
(I)kitar semula
(H) Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru
(C) Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik
(K)usaha ini merupakan cara yang baik untuk menjayakan konsep pembangunan mesra alam
(I)menggunakan pengangkutan awam
(H)Kuala Lumpur mempunyai sistem pengangkutan awam yang canggih
(C)monorel, LRT(light rail transit), dan bas
(K)kita haruslah menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk mengelakkan pencemaran
Penutup: ' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', pembangunan mesra alam bukanlah kerja yang mustahil dilakukan. Asalkan manusia kreatif dan prihatin terhadap keadaan alam sekitar, pelbagai projek pembangunan yang tidak mengorbankan kualiti alam sekitar dapat dilakukan.

No comments:

Post a Comment