Tuesday, July 31, 2012

SPM: Rumah Terbuka


Tajuk=Rumah terbuka

Kehendak=kepentingan



Pendahuluan:

Masyarakat kita terdiri daripada kaum majmuk iaitu termasuk kaum Melayu, Cina dan India. Semua kaum hidup dalam keadaan yang harmoni melebihi 50 tahun. Kita menyambut perayaan setiap kaum dengan adanya program rumah terbuka. Program rumah terbuka mendatangkan banyak faedahnya.



Isi 1: menyatupadukan pelbagai kaum

H: Program rumah terbuka dapat merapatkan perhubungan pelbagai kaum.

C: Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, dan Deepavali, program rumah terbuka boleh diadakan.

H: Kita boleh menjemput kawan-kawan untuk mengunjungi rumah kita.



Isi 2: memupuk nilai saling menghormati antara kaum

H: Hubungan silaturahim dapat diwujudkan.

C: Melalui program ini, kita dapat menyahut seruan Perdana Menteri iaitu gagasan ‘ Satu Malaysia’.

H: kita juga dapat menikmati makanan yang pelbagai kaum seperti Roti Canai, Murtabak, Kuih Lapis, dan Limau China.



Isi 3: mewujudkan masyarakat yang harmoni.

H: Dengan adanya program ini, kita dapat menyambut perayaan dengan hati yang tenang dan damai.

C: Peristiwa seperti 15 Mei 1969 tidak akan berulang lagi.

H: Kita dapat mengenali budaya yang berbeza.



Penutup:

-          ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’

-          Kita haruslah bersatu padu dan menghormati adat resam pelbagai kaum di Malaysia

-          Impian Wawasan 2020 tercapai

No comments:

Post a Comment