Saturday, November 1, 2014

membeli barangan tempatan (TIPS BM SPM 2014)

KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN DAN LANGKAH MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN TEMPATAN
Pendahuluan:
 Barangan buatan Malaysia didefinisikan sebagai hasil produk yang dikeluarkan oleh air tangan warga tempatan.
 Sebagai rakyat Malaysia , kita wajar menyokong hasil keluaran tempatan negara dengan cara mudah iaitu membelinya.
 Namun begitu, sejajar dengan landaan gelombang globasasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah mengapai hasrat sebagai negara maju.
 Di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-angungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak kata peribahasa, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
 Sebagai anak watan Malaysia kita seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan.
 Hal ini kerana kita akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai sambil menyelam minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia.
 Persoalannya, apakah kemasalahan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan?

I: Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia.
H: Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import.
C: Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pameran kasut Itali.
H:Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari segi kualiti barangan.
H:Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat sekaligus meningkatkan imej negara.
K:Jelaslah bahawa dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia.
I:Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap sering mengagung-angungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia.
H:Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bagai kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi.
H: Malahan terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun.
C:Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan temptan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya ‘Malaysia Boleh’ yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiara ‘kalau masih rebung,mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi’.
K:Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.
I:Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Doktor Mahathir Mohammad, “Membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri”.
H:Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia.
H:Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantera dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. H:Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import.
H:Peningkatan dalam pembelian barang buatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung.
K: Deduksinya,kita dapat memajukan industri tempatan supaya mencapai hasrat negara menjadi negara industri.
I:Menyoroti kemaslahatan pembelian barangan buatan tempatan yang pelbagai maka uslub atau langkah yang pragmatik lagi efektif untuk menggalakkan pembelian barangan buatan tempatan haruslah diambil.
H:Dalam hal ini, pihak media memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia.
H:Pihak media cetak memainkan peranan dalam menerangkan kebaikan barangan buatan Malaysia serta faedahnya malalui surat khabar dan majalah.
C:Media cetak digalakkan mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan Malaysia kerana dapat mempengaruhi minda manusia yang ramai bagai mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
H:Hal ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan.
C:Manakala, media elektronik seperti radio, televisyen dan internet juga merupakan wadah yang penting dalam penyebaran maklumat.
C:Sebagai contoh, kewujudan ‘online’ membeli-belah membolehkan rakyat membeli barang buatan Malaysia dengan senang melalui laman sesawang.
K:Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita supaya membeli barangan Malaysia.
I:Pada masa yang sama, pihak swasta harus mengambil langkah yang proaktif untuk mempromosikan barangan Malaysia.
H:Salah satu langkah yang maslahat adalah dengan mengadakan ekspo di seluruh negara.
H: Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna.
H:Ketika ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk mereka.
C:Sebagai contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan tanpa was-was.
C:Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan tempatan, ekspo fesyen pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari semasa ke semasa.
C:Hakikatnya, program Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan ekspo barangan Malaysia kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat.
H:Pengeluar kita harus bersikap komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang.
H:Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan.
H:Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan.
K:Jadi, jelaslah bahawa galakan pembelian barangan tempatan juga dapat dilakukan oleh pihak swasta..
I:Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong asing dan pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia.
H:Pihak berkenaan harus menetapkan bahawa hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa.
C:Atas tajaan pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-belah, pasar raya besar terutamanya Giant, Jusco, Tesco, Metrojaya, Parkson, Mydin dan sebagainya boleh mengadakan jualan megah atau jualan murah tentang barangan Malaysia secara besar-besaran.
H:Jika harga barangan Malaysia sangat menawan, para pengguna pasti tertarik hari untuk membelinya. Para pelancong juga turut terpukau oleh potongan harga yang istimewa.
H:Di samping memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah Malaysia juga dapat melariskan barangan Malaysia.
H:Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Kempen ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merancakkan dan memacu tranformasi ekonomi negara.
H:Dengan mengadakan kempen kesedaran dan ceramah yang pelbagai bentuk, barang buatan Malaysia dapat diperkenalkan kepada orang ramai supaya semua orang tidak kira orang tempatan atau pendatang dapat menarik minat terhadap barang buatan Malaysia.
K:Secara ringkasnya, pembelian barang tempatan dapat digalakkan melalui karnival yang dianjurkan.
I:Sekiranya kita telusuri dari perspektif yang berbeza, pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.
H:Hal ini terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara ,dan sanggup berkorban untuk negara boleh disuntik kepada generasi muda kita. C:Kita patut mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Panasonic.
H:Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat melalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik nagara lain yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke araf baru.
H:Jika pelajar kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa.
H:Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita ,ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
H:Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran.
K:Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, kita mendapati bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia.
Penutup:
 Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata masyarakat bak kata peribahasa “bagai serampang dua mata”.
 Bukan itu sahaja pelbagai langkah juga dapat diimplementasikan oleh pelbagai pihak untuk menyokong pembelian produk tempatan.
 Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar.
 Sebabnya barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.
 Oleh  itu, dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.
 Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan yang perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.
 Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.
 Amatlah diharapkan supaya kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen.
 Jikalau bukan kita rakyat Malaysia untuk menjulangkan produk buatan tempatan, adakah kita akan maju dan membangun?
 Selain itu, siapakah lagi yang akan menjulangkan produk buatan tempatan ini?
 Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!

PROSA TRADISIONAL : DUA GELIGA HIKMAThttp://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/american2/1dICo.gif

SINOPSIS

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub.

 

Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa.

 

Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti.   

 

Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya.

 

Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

 

 

ANALISIS ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DUA GELIGA HIKMAT

ASPEK
KOMSAS
PERNYATAAN
ISI
HURAIAN/CONTOH
PERISTIWA
 
 
Tema
Pengembaraan seorang anak raja untuk mencari sesuatu
Inderaputera sedang mengembara dan menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat. Inderaputera menggunakan akal dan kekuatan yang ada padanya  untuk menewaskan musuh yang berupa haiwan yang menjaga istana tuan puteri yang memiliki geliga hikmat
 
 
 
 
 
 
Persoalan
Persoalan berani menghadapi cabaran/ musuh
Inderaputera seorang yang berani kerana berjaya menewaskan gajah, harimau, badak, naga, geruda dan raksasa sebelum memasuki mahligai tuan puteri
Persoalan kebijaksanaan bagi mencapai hasrat
Inderaputera berpura-pura tidur apabila raksasa ingin menindihnya dan pada masa yang sama bingkas bangun lalu mencengkam rambut raksasa
Persoalan berpegang pada janji
Raksasa/ peri menunaikan janji kepada Inderaputera untuk memberikan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
Persoalan keistimewaan/
kelebihan  anak raja
Inderaputera digambarkan seorang anak raja yang memiliki kepahlawanan kerana berjaya menewaskan raksana/peri dan haiwan yang menjaga mahligai puteri
 
Nilai
 
 
Keberanian
Inderaputera berani berhadapan dengan raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat
Kebijasanaan
Inderaputera menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri
Menepati janji
Tuan puteri menyerahkan gemala hikmat seperti yang dijanjikan kepada Inderaputera
Baik hati
Peri mencadangkan supaya Inderaputera bersembunyi ketika tuan puteri sedang mandi ditasik
 
 
 
 
Pengajaran
Kita hendaklah berani ketika berhadapan dengan situasi yang sukar supaya matlamat tercapai
Inderaputera berani berhadapan dengan gajah, harimau, badak, naga, raksasa yang menjaga mahligai tuan puteri kerana ingin memasuki mahligai tersebut
Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar
Inderaputera mengambil serta menyorok baju tuan puteri agar dapat bertemu dengan tuan puteri
Kita hendaklah berpegang pada janji
Peri menyerahkan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
Kita hendaklah melayan tetamu dengan baik
Peri melayan Inderaputera dengan baik ketika Inderaputera datang ke rumahnya
WATAK
 
 
 
 
Inderaputera
PERWATAKAN
HURAIAN
Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Puspa dan bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi, memiliki paras rupa yang sangat elok
Bijaksana
Inderaputera telah menyorok baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri
Berani
Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik tetapi juga tangkas mencengkam rambut peri itu
Berpegang pada janji
Inderaputera telah melepaskan rambut peri apabila peri memberikan geliga hikmat kepadanya
WATAK
 
 
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Ayahandanya Maharaja Syah Tokan, tunang kepada Raja Mengerna Lela Dewa, memiliki rupas paras yang amat cantik
Berpegang pada janji
Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya
Bijaksana
Tuan puteri dapat merasakan bahawa Inderaputera yang mengambil pakaiannya
Pemalu
Tuan Puteri malu apabila dayang memintanya bertanya sendiri kepada Inderaputera tentang pakaian
 
 
LATAR
MASA
PERNYATAAN
HURAIAN
Waktu fajar
Tuan puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh
Waktu malam
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju antakesuma dan akaian yang sangat cantik
Tengah malam
Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran
 
LATAR TEMPAT
Tasik
Tempat tinggal peri/nenek/raksasa
Mahligai
Tempat tinggal Tuan Puteri
Balai Rangga Puspa Berahi
Tempat yang disediakan oleh tuan puteri kepada Inderaputera untuk beradu
 
 
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat yang berani
Inderaputera berani menentang binatang yang menjaga mahligai tuan puteri
Masyarakat yang menepati janji
Peri menyerahkan geliga hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikan
Masyarakat yang bijaksana
Inderaputera mengambil dan menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri

  

Gaya bahasa

 1. Penggunaan bahasa Arab

Contoh:

Allah Ta’ala,

 2. Penggunaan bahasa istana

Contoh:

Patik, baginda,hulubalang, titah

 3. Penggunaan kata ganda

Contoh:

Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing

 

Drama Cempaka Berdarah T4(TIPS BM SPM 2014)


Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Tingkatan 4

Sinopsis
Babak 1
Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding.

Babak 2
Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.

Tema/Pemikiran
Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.

Persoalan
1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.
4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.
5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.

Plot
Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.
1. Permulaan
Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

2. Perkembangan
Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila
Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga.

3. Konflik
Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter.

4. Klimaks
Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter.

5. Peleraian
Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
contohnya :
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)

2. Teknik imbas kembali
Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.
Contohnya:
Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)


Watak dan Perwatakan
1. Zaman
Watak utama
• Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
• Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.
• Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.
• Dia seorang yang penyayang.

Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
• Dia seorang yang berani.
Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter..
• Dia seorang yang bijak
Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.
• Dia seorang yang keras hati.
Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain..
• Dia seorang yang tekun belajar
Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya.

2. Mak Jah
• Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka
• Dia seorang yang penyayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.
• Dia seorang yang tegas.
Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.
• Dia seorang yang bertanggungjawab.
Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.

3. Prof.Peter
• Seorang lelaki Inggeris
• Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..
• Dia seorang yang bijak
Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang.
• Dia seorang yang sombong
Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.
• Seorang yang tegas
Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.
• Seorang yang sanggup berkorban.
Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.

Latar
Latar masa
1. Pada sekitar tahun 60-an
2. Pada waktu menjelang tengah hari
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur.
3. Pada waktu petang
Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.

Latar tempat
1. Di rumah Mak Jah
Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.
2. Di pinggir belukar dalam kampung
Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mempertahankan hak.
Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.
2. Masyarakat yang penyayang
Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .
3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita
Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.
4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.
5. Masyarakat yang prihatin
Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.

Gaya bahasa
1. Sinkope
Tuan nak buat apa di sini?
Mak Jah tak adakah anak lelaki?
2. Peribahasa
Keras hati, keras kepala
3. Kata ganda
betul-betul, lihat-lihat
4. Sinkope
Yang itu tak pulak disebut!.

Nilai
1. Nilai kasih sayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.
2. Nilai keberanian
Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.
3. Nilai hormat-menghormati
Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.
4. Nilai bertanggungjawab
Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar.
5. Nilai kerajinan
Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.

Pengajaran:
1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.
3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.
4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.
5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka.
6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.
7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.

Latihan
1.Nyatakan tujuan sebenarnya Profesor Peter ke rumah Mak Jah.
2.Pada pendapat anda, wajarkah Zaman mempertahankan hak keluarganya?

Jawapan
1. Tujuan sebenar Profesor Peter ke rumah Mak Jah adalah untuk menyiasat tentang kehilangan adiknya semasa Perang Jepun. Di samping itu, dia juga mahu memaklumkan Mak Jah tentang perkembangan Zaman di universiti.
2. Pada pendapat saya, Zaman wajar mempertahankan hak keluarganya kerana adiknya Cempaka hendak dirampas oleh Prof. Peter. Zaman juga bimbang apabila Prof. Peter menyatakan bahawa dia mahu Cempaka hidup dalam keluarganya dan akan pergi membawa Cempaka bersama-samanya.

 

TIP BM SPM 2014 Format Rumusan


BM SPM 2014

Mr. Pang

 

Format Rumusan SPM

1.     Bulatkan @ gariskan @ highlightkan Kehendak soalan:

langkah-langkah(cara-cara)/ punca-punca(faktor-faktor)/ kesan-kesan (implikasi-implikasi)/ fungsi-fungsi/ kebaikan(kelebihan, pro)/keburukan(kelemahan,kon)/ kegunaan-kegunaan

 

2.    Tentukan kombinasi anda


10 isi ditulis
 
Isi tersurat (can be seen可看见)    5 / 6 / 7 / 8

Isi tersirat ( cannot be seen不能看见): 5 / 4 / 3 / 2

 

3.    Senaraikan isi tersurat dahulu dengan menggunakan penanda wacana yang diberi oleh En. Pang.

a)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

d)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

e)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

f)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

g)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

h)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

4.    Kemudian, fikirkan isi tersirat anda dengan menggunakan 5W+1H.

a)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c)    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

d)    ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

5.    Akhirnya, buat ayat kesimpulan. Pastikan anda menggunakan perkataan seperti: supaya, agar, dengan, jadi dan sebagainya.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________agar_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________