PROSA TRADISIONAL : DUA GELIGA HIKMAT
SINOPSIS
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga
berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik
daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera
berasa amat takjub.
Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara
memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan.
Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang
bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut
memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera
tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu.
Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia
bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa.
Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap
permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada
Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak,
kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah
melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi
ke Berma Sakti.
Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa
berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri
sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri
merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya.
Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju
tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di
mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu
dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi
oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor
raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan
berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang
dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada
Inderaputera.
ANALISIS ASPEK-ASPEK KOMSAS
DALAM DUA GELIGA HIKMAT
ASPEK
KOMSAS
|
PERNYATAAN
ISI
|
HURAIAN/CONTOH
PERISTIWA
|
||
Tema
|
Pengembaraan seorang anak raja untuk mencari sesuatu
|
Inderaputera sedang mengembara dan menghadapi segala
rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat.
Inderaputera menggunakan akal dan kekuatan yang ada padanya untuk
menewaskan musuh yang berupa haiwan yang menjaga istana tuan puteri yang
memiliki geliga hikmat
|
||
Persoalan
|
Persoalan berani menghadapi cabaran/ musuh
|
Inderaputera seorang yang berani kerana berjaya
menewaskan gajah, harimau, badak, naga, geruda dan raksasa sebelum memasuki
mahligai tuan puteri
|
||
Persoalan kebijaksanaan bagi mencapai hasrat
|
Inderaputera berpura-pura tidur apabila raksasa ingin
menindihnya dan pada masa yang sama bingkas bangun lalu mencengkam rambut
raksasa
|
|||
Persoalan berpegang pada janji
|
Raksasa/ peri menunaikan janji kepada Inderaputera
untuk memberikan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
|
|||
Persoalan keistimewaan/
kelebihan anak raja
|
Inderaputera digambarkan seorang anak raja yang memiliki
kepahlawanan kerana berjaya menewaskan raksana/peri dan haiwan yang menjaga
mahligai puteri
|
|||
Nilai
|
Keberanian
|
Inderaputera berani berhadapan dengan raksasa walaupun
telah diberi amaran oleh mayat
|
||
Kebijasanaan
|
Inderaputera menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin
berjumpa dengan tuan puteri
|
|||
Menepati janji
|
Tuan puteri menyerahkan gemala hikmat seperti yang
dijanjikan kepada Inderaputera
|
|||
Baik hati
|
Peri mencadangkan supaya Inderaputera bersembunyi
ketika tuan puteri sedang mandi ditasik
|
|||
Pengajaran
|
Kita hendaklah berani ketika berhadapan dengan situasi
yang sukar supaya matlamat tercapai
|
Inderaputera berani berhadapan dengan gajah, harimau,
badak, naga, raksasa yang menjaga mahligai tuan puteri kerana ingin memasuki
mahligai tersebut
|
||
Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan ketika
berhadapan dengan situasi yang mencabar
|
Inderaputera mengambil serta menyorok baju tuan puteri
agar dapat bertemu dengan tuan puteri
|
|||
Kita hendaklah berpegang pada janji
|
Peri menyerahkan geliga hikmat apabila Inderaputera
melepaskan rambutnya
|
|||
Kita hendaklah melayan tetamu dengan baik
|
Peri melayan Inderaputera dengan baik ketika
Inderaputera datang ke rumahnya
|
|||
WATAK
Inderaputera
|
PERWATAKAN
|
HURAIAN
|
||
Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Puspa dan bondanya
Puteri Jamjam Ratna Dewi, memiliki paras rupa yang sangat elok
|
||||
Bijaksana
|
Inderaputera telah menyorok baju Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri
|
|||
Berani
|
Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang
berada di dalam tasik tetapi juga tangkas mencengkam rambut peri itu
|
|||
Berpegang pada janji
|
Inderaputera telah melepaskan rambut peri apabila peri
memberikan geliga hikmat kepadanya
|
|||
WATAK
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
|
Ayahandanya Maharaja Syah Tokan, tunang kepada Raja
Mengerna Lela Dewa, memiliki rupas paras yang amat cantik
|
|||
Berpegang pada janji
|
Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
Inderaputera seperti yang dijanjikannya
|
|||
Bijaksana
|
Tuan puteri dapat merasakan bahawa Inderaputera yang
mengambil pakaiannya
|
|||
Pemalu
|
Tuan Puteri malu apabila dayang memintanya bertanya
sendiri kepada Inderaputera tentang pakaian
|
|||
LATAR
MASA
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
||
Waktu fajar
|
Tuan puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh
|
|||
Waktu malam
|
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju
antakesuma dan akaian yang sangat cantik
|
|||
Tengah malam
|
Inderaputera duduk
bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran
|
|||
LATAR TEMPAT
|
Tasik
|
Tempat tinggal peri/nenek/raksasa
|
||
Mahligai
|
Tempat tinggal Tuan Puteri
|
|||
Balai Rangga Puspa Berahi
|
Tempat yang disediakan oleh tuan puteri kepada
Inderaputera untuk beradu
|
|||
LATAR MASYARAKAT
|
Masyarakat feudal
|
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
|
||
Masyarakat yang berani
|
Inderaputera berani menentang binatang yang menjaga
mahligai tuan puteri
|
|||
Masyarakat yang menepati janji
|
Peri menyerahkan geliga hikmat kepada Inderaputera
seperti yang dijanjikan
|
|||
Masyarakat yang bijaksana
|
Inderaputera mengambil dan menyorok pakaian tuan puteri
kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri
|
|||
Gaya bahasa
1. Penggunaan bahasa Arab
Contoh:
Allah Ta’ala,
2. Penggunaan bahasa istana
Contoh:
Patik, baginda,hulubalang, titah
3. Penggunaan kata ganda
Contoh:
Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing
No comments:
Post a Comment