Rancangan Hiburan Televisyen Menyebabkan
Masyarakat Lupa Tentang Budaya Seni Tradisional
Tajuk: Ada pihak yang berpendapat bahawa
rancangan hiburan yang disiarkan melalui televisyen menyebabkan masyarakat lupa
tentang budaya seni tradisional. Beri pendapat anda.
Contoh Karangan:
Televisyen
sering dianggap sebagai satu ciptaan moden yang banyak membawa kebaikan kepada
manusia pada zaman moden ini. Namun, penyiaran pelbagai rancangan berbentuk
hiburan telah menyebabkan ada pihak beranggapan bahawa masyarakat mula
meminggirkan budaya seni tradisional pula. Keadaan ini diperkuatkan menerusi
kenyatan demi kenyataan pihak media massa yang melihat program hiburan sebegini
menghancurkan kebudayaan tempatan seperti tarian dan permainan tradisional. Sesungguhnya,
penyiaran rancangan hiburan menerusi televisyen membawa masyarakat melupakan
kebudayaan tradisional mereka.
Kalau kita kaji
secara mendalam kebanyakan rancangan hiburan yang disiarkan itu memaparkan cara
berpakaian yang langsung tidak berunsur tradisional. Ada artis terutama dari
Barat yang memakai pakaian yang mencolok mata kerana pada mata mereka pakaian
sebegini mampu meninggikan lagi populariti seseorang artis itu. Generasi muda
yang menonton rancangan hiburan sebegini sudah pasti akan tertarik lalu
menganggap cara berpakaian artis itu sahaja yang betul lalu cuba memakainya
dalam kehidupan seharian mereka tanpa memikirkan kesan sampingannya. Jelaslah,
program hiburan yang disiarkan itu menyebabkan masyarakat kita melupakan cara
berpakaian yang seiringan dengan kebudayaan tempatan.
Begitu juga
penggunaan bahasa dalam rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen
telah menyebabkan kebudayaan tradisional kita terjejas. Akibat aspek masa dan
cuba menjadikan rancangan hiburan itu lebih menarik, penggunaan bahasa yang
rojak dan tidak tepat digunakan secara meluas sehingga menjadikan masyarakat
sukar hendak membezakan penggunaan bahasa yang betul. Keadaan ini menyebabkan
ada pihak yang menganggap bahasa alam televisyen itu lebih betul berbanding
dengan tatabahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di negara ini.
Maka, kekeliruan sebegini menjadikan bahasa kebangsaan kita akan diperlekehkan
penggunaannya oleh pihak-pihak tertentu sehinga menjejaskan imej kebudayaan
tradisional negara kita pada jangka masa panjang pula.
Tambahan pula,
program berbentuk hiburan itu turut memaparkan pemaparan kesopanan yang
bertentangan dengan kebudayaan tradisional kita. Sudah banyak kali kita
mendengar komentar masyarakat yang mengaitkan dengan kehilangan adat sopan
generasi muda akibat terlalu terpengaruh dengan budaya yang mereka tonton di
televisyen itu. Budaya memarahi ibu bapa, bergaduh dengan guru dan mengeluarkan
bahasa kesat sudah dianggap biasa kerana masyarakat sering melihat adegan
sebegini di televisyen. Jelaslah, masyarakat kita semakin melupakan adat sopan
ketimuran yang suatu masa dahulu amat kita banggakan sudah hilang lantaran
terlalu banyak menonton adegan yang kurang sesuai di televisyen pula.
Malah, penubuhan
kilang ini sudah pasti memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak. Rakyat
negara ini akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh membuat pilihan.
Kewujudan peluang pekerjaan ini sudah pasti menyaksikan negara ini mempunyai
satu dimensi rakyat yang tidak bimbang tentang masa depan mereka kerana yakin
kemampuan sektor perindustrian untuk terus berkembang dalam tempoh yang
panjang.
Namun, penyiaran
program hiburan di televisyen berupaya untuk menghalang pemikiran yang positif
dalam diri seseorang itu. Pandangan yang melihat kebudayaan negara itu sendiri
sebagai satu kebudayaan yang lemah dan tidak sesuai dengan peredaran zaman
dipengaruhi menerusi sikap melihat program hiburan yang keterlaluan itu.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan satu perasaan yang
menolak kewujudan kebudayaan tempatan dalam jiwa seseorang tersebut. Jelaslah,
program hiburan di televisyen menyebabkan pemikiran seseorang akan berubah lalu
memandang rendah kebudayaan tradisional mereka sendiri.
Pada masa yang
sama, tindakan menyalahkan televisyen seratus peratus bukanlah satu tindakan
yang bijak kerana berlakunya sesuatu perkara itu sudah pasti banyak berkaitan
dengan faktor yang lain juga. Pinggiran kebudayaan tradisional kita turut
disebabkan sikap generasi muda kita yang tidak begitu memandang tinggi
kebudayaan tempatan sehingga sanggup meniru kebudayaan lain pula. Kita
menganggap kebudayaan negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Barat itu
lebih moden dan praktikal lalu segera menirunya tanpa merujuk dahulu aspek
menghargai kebudayaan sendiri. Maka, kegagalan menghargai negara, bangsa dan
kebudayaan sendiri turut menyebabkan kebudayaan tradisional itu semakin lama
semakin hilang ditelan zaman.
Kesimpulannya,
rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen itu memang menyebabkan
kebudayaan tradisional kita mengalami kemerosotan daripada segi imejnya. Semua
pihak terutama pihak berkuasa hendaklah lebih peka untuk membuat peraturan yang
mengehadkan penayangan rancangan berbentuk hiburan yang keterlaluan sehingga
menjejaskan kebudayaan tradisional kita itu. Kegagalan berbuat demikian dengan
segera akan menyebabkan kebudayaan kita terhakis sedikit demi sedikit lalu
hilang akhirnya. Bak kata pepatah “hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih†membuktikan
semua yang berlaku itu berada dalam ketentuan diri kita sendiri.
Penulis: Noor Azman Mahat
No comments:
Post a Comment